header
utama   siapa saya   hubungi saya  soalan lazim   


Mencari private swimming instructor @ personal coaching untuk kelas renang?  Malu  belajar  secara berkumpulan  atau  ketika dikelilingi orang ramai?  Lebih gemar belajar  di keselesaan kolam renang sendiri?  Kami sedia membantu! Belajar berenang dengan teknik yang betul  bersama kami hari ini. Anda akan diajar berenang  dengan cepat dan menyeronokkan. Pendekatan cara yang santai membolehkan anda belajar dengan cepat dan tidak merasa tertekan. Sesuai untuk semua golongan, samada orang dewasa mahupun kanak-kanak tidak kira pada  peringkat mana kecerdasan anda. Kami berkeupayaan mengajar secara private @personal coaching dalam suasana yang menyeronokkan kepada individu  yang berminat ingin memulakan gaya hidup yang sihat.
 

banner

info
PROGRAM KAMI :

banner1
tandasoalPENGENALAN
'Kelas Renang Personal Coaching' bermatlamat menyediakan private swimming lesson @ personal coaching kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar berenang. Untuk mencapainya kami mengambil pendekatan mengajar berdasarkan ' individual progress'.  Bagi memastikan tidak tertekan, pelajar akan diajar mengikut kadar kemampuan  pelajar menerima  sesuatu pembelajaran dan dalam suasana yang begitu santai dan menyeronokkan. Kami  di sini begitu komited mengajar dengan kadar seberapa segera yang boleh bagi menjimatkan masa dan juga wang pelajar.

Gaya @  stroke yang diajar mengikut susunan

1.breast Stroke / Kuak Dada
2.Front Crawl /  Gaya Bebas
3.Back  Stroke / Kuak lentang
4.Butterfly / Kuak Kupu-kupu

tandasoalCARA MENDAFTAR :
Anda telah bersedia untuk belajar? Hubungi kami  untuk menetapkan masa dan juga tempat.

tandasoalAturan Masa :
Kami menggalakkan anda menetapkan  masa belajar  1 minggu sekali . 1 jam  setiap kelas.  Kepada individu yang ingin  menambah kelas dengan lebih kerap, kami menasihatkan ia dilakukan selang sehari supaya anda dapat berehat atau melakukan praktis sebelum kelas yang berikutnya. Hari 'available' ialah pada hari Isnin, Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad. Waktu adalah di antara pukul 8.00 - 10.00 malam sahaja. 

tandasoalTempat dan Yuran :
Kami beroperasi di Putrajaya . Untuk kolam individu, kami bersedia  ke mana-mana  kawasan sekitarnya.  Untuk kawasan  Putrajaya yuran adalah RM50 sejam. Untuk kawasan lain, yuran  bergantung kepada faktor lokasi.. Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

tandasoalMengapa kelas personal coaching ?
1. Bilangan pelajar  yang terhad. Min 1 orang max 2 orang sahaja. Tumpuan penuh dapat diberikan oleh jurulatih.
2. Durasi pembelajaran yang singkat membolehkan pelajar menjimatkan masa dan juga wang.
3. Cepat belajar, cepat 'grad', cepat boleh berenang
4. Tunjuk ajar PERCUMA selama 15 minit setiap Selasa  (untuk  Putrajaya sahaja)
Nota : kepada yang berminat ingin belajar secara kumpulan boleh klik di sini


tandasoalBagaimana kelas dikendalikan :
Kelas akan dikendalikan mengikut level  keselasaan anda  walaupun ianya  merupakan kali pertama anda menjejakkan kaki  ke kolam renang. Di sini kami  pasti anda  dapat mengatasi perasaan  takut @ water phobia  yang menghantui anda selama ini.  Semasa pembelajaran  tenaga pengajar sentiasa berada di sisi @dalam air bersama-sama dengan pelajar. Ini bagi memudahkan urusan pembelajaran dan juga komunikasi  antara pelajar dan jurulatih. Setelah anda  dapat menguasai satu stroke@gaya, terpulang kepada  pelajar samada  ingin meneruskan kelas dengan mempelajari  stroke yang baru atau mengambil keputusan menamatkan kelas.  Di samping  kebolehan renang, pelajar juga akan diajar bagaimana melakukan 'water treading'.


tandasoalKeperluan :
1. Sepasang goggles
2. Pakaian renang
3. Swimming cap (optional )
  


footer